INTRODUCTION

Kepada semua peserta kursus Asas Keusahawanan intake Oktober dan November 2010, blog ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan menggunakan Shoutmix di bawah ini.

Thursday, November 11, 2010

LAWATAN KE TAMU TUTONG

Khamis 11hb November, rombongan para peserta beserta fasilitator dan pegawai dari Pusat Pembangunan Keusahawanan berangkat untuk membuat lawatan ke Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong.  Lawatan bermula dari pukul 08.30 hingga 10.00pagi.  Tujuan lawatan tersebut ialah untuk mengenal pasti pengusaha-pengusaha yang ada di sana dan membuat penyelidikan dan bagaimana mereka mula-mula bergiat dengan bidang pengusahaan itu.

Di antara yang harus diselidiki ialah bagaimana para pengusaha tersebut berapa lama mereka telah menjalankan perniagaan mereka, bila mereka mula berniaga di Tamu Tutong tersebut, berapa orang tenaga pekerja, Modal yang diperuntukkan dan keuntungan yang mereka perolehi dan sebagainya.
Para peserta dikehendaki untuk menemuduga di antara para pengusaha yang ada di Tamu Tutong tersebut dan cuba untuk mengenal pasti latar-belakan mereka yang mana hasil dari kajian tersebut akan dipresentasikan di dalam kelas.
Pengalaman yang sangat berharga bagi setiap para peserta kursus ini.  Ilmu yang didapati dari lawatan tersebut ialah bagaimana kita melihat bahawa masyarakat kitani di Brunei ini telahpun peka dengan keadaan ekonomi di Negara ini dan mereka saling berungkayah untuk memajukkannya dan juga membina aset untuk masa depan generasi di Negara ini.


No comments:

Post a Comment