Untuk biskita yang inginkan Nama Domain untuk laman web biskita, ani ada satu website yang biskita boleh register untuk nama domain secara percuma. Dorang menggunakan extension .Co.CC.. Ok jua lah daripada membayar untuk .Com.. Ani Free! Hehe! Untuk register klik banner di bawah ani.
INTRODUCTION
Kepada semua peserta kursus Asas Keusahawanan intake Oktober dan November 2010, blog ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan menggunakan Shoutmix di bawah ini.
Monday, November 29, 2010
Friday, November 26, 2010
PEMBAYARAN MELALUI INTERNET
Apakah sistem pembayaran ini satu keperluan? Untuk memenuhi syarat E-Dagang adalah harus ada sistem pembayaran melalui internet. Memang tidak semestinya ada sistem pembayaran melalui online untuk satu-satu laman web yang berkonsepkan E-Dagang seperti Online Shop dan sebagainya, namun adalah satu kelebihan bagi mereka yang memiliki sistem pembayaran online kerana ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran dan akan lebih efektif lagi untuk berurusniaga. Dan akan menjadi keutama para pelanggan untuk membuat pembelian. Memang banyak kaedah-kaedah pembayaran melalui internet yang boleh didapati secara online. Di antara sistem pembayaran secara online adalah seperti PayPal, Alertpay, Moneybooker dan banyak lagi.
Untuk mendaftar di PayPal sila klik di atas ini
Untuk mendaftar di AlertPay sila klik di atas ini
Untuk mendaftar di Moneybooker sila klik di atas ini
Tuesday, November 23, 2010
KURSUS BRANDING DITUNDA!!!
Makluman kepada semua peserta kursus bahawa Kursus Branding yang sepatutnya dijalankan pada hari Rabu 24hb November dan Khamis 25hb November 2010 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ini adalah disebabkan oleh sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian kepada para peserta diharap ambil maklum tentang perkara ini. Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi Pusat Pembangunan Keusahawanan Sinaut di talian 4240132/3 sambungan 222 atau 223. HARAP MAKLUM!
KURSUS PASARAN MELALUI INTERNET
Kursus Pasaran Melalui Internet dijalani pada hari Isnin 22hb November dan hari Selasa 23hb November 2010. Kursus dijalankan dengan tunjuk ajar fasilitator dari Teguh Harapan Management Service iaitu Tuan Dazulkipli Asmat.
Para peserta diberikan informasi tentang sejarah mulanya internet digunakan di dunia ini. Rupa-rupanya kaedah internet digunakan waktu perperangan iaitu pada tahun 1961. Alamak aku pun belum lahir lagi orang barat sudah menggunakan internet. Hehe. Oleh yang demikian kenapa kitani inda menggunakan kaedah internet ani untuk meraih keuntungan dari Internet ani? Bah rebut tia peluang ani.
Ani adalah di antara webhosting yang termurah.
Monday, November 22, 2010
LAWATAN KE JABATAN BUROH DAN JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA
Sabtu 20hb November 2010, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Buroh untuk mendengarkan taklimat mengenai bagaimana peraturan memohon quota bagi pekerja asing dan sebagainya.
Pada sebelah petang para peserta kursus mendapat kesempatan untuk menghadiri taklimat di Jabatan Daerah Brunei Dan Muara
Photo by Hjh Jarimah
LAWATAN KE BANGUNAN UNDANG-UNDANG DAN JABATAN BANDARAN
Khamis 18hb November 2010, rombongan para peserta kursus keusahawanan batch pertama dan kedua disatukan untuk lawatan ke Jabatan-Jabatan kerajaan khasnya ke Bangunan Undang-Undang iaitu bahagian pendaftaran nama-nama syarikat.
Pada sebelah petang para peserta dibawa melawat ke Jabatan Bandaran untuk mengikuti taklimat bagaimana memohon lesen perniagaan seperti lesen rampaian dan maklumat yang lainnya.
Photo by Hjh Jarimah
Friday, November 19, 2010
Wednesday, November 17, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1431H
Kami semua tidak lupa mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada semua peserta, tenaga pengajar dan juga pegawai-pegawai Pusat Pembangunan Kesuhawanan khasnya dan juga kepada seluruh Umat Muslimin dan Muslimat di Seluruh Negara Brunei Darussalam.
JADUAL LAWATAN KE JABATAN KERAJAAN
Berikut adalah jadual bagi lawatan ke Jabatan-Jabatan Kerajaan pada 18 dan 20hb November 2010. Semoga bermanfaat.
Jadual adalah tergantung dengan konfirmasi dari pihak Pusat Pembangunan Keusahawanan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan oleh pihak Pusat.
PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAHATI
Selasa 16hb November, 2010 adalah hari terakhir para peserta bagi kursus Asas Pengurusan & Perniagaan kali ini. Hari ini adalah hari di mana para peserta memberikan sesuatu persembahan penamatan Kursus. Para peserta membuat persembahan beramai-ramai sebagai hadiah kepada fasilitator yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada para peserta. Mereka semua mempersembahkan Dzikir Barat dengan cara mereka tersendiri.
Hari itu juga adalah hari penyampaian hadiah dan cenderahati bagi para peserta. Berikut adalah Cenderahati bagi fasilitator kita iaitu Cikgu Siti Salwa yang dipersembahkan oleh para peserta.
Para peserta juga tidak lupa memberikan cenderahati kepada dua orang gadis manis yang selalu memberikan support dan bantuan yang tidak putus-putus bagi menjayakan kursus pada kali ini. Mereka adalah Nadiah dan Ziqah.
Para peserta juga menerima cenderahati sesuai dengan kategorinya :
Ketua Kampung - Awg. Mahmud
Asst. Ketua Kampung - Dyg Nieza
Bekas Ketua Kampung - Awg. Hanidi
Bekas Asst. Ketua Kampung - Dyg. Noriah
Selain itu para peserta juga menerima hadiah bagi pencapaian mereka seperti berikut :
Best Male Student - Ak. Abd. Kahar
Best Female Student - Yenni
Best Composition - Yenni
Champion for the Motivational Games - Hamdini & Fifi
Champion for Amazing Race - Team
2nd Runner up for Amazing Race - Team Red
Selain itu para peserta juga menerima hadiah bagi pencapaian mereka seperti berikut :
Best Male Student - Ak. Abd. Kahar
Best Female Student - Yenni
Best Composition - Yenni
Champion for the Motivational Games - Hamdini & Fifi
Champion for Amazing Race - Team
2nd Runner up for Amazing Race - Team Red
TALKS FROM IMMIGRATION OFFICERS
Selasa 16hb November, 2010, Rombongan dari Jabatan Imigresyen ke Pusat Pembangunan Keusahawanan adalah untuk menerangkan serba sedikit peraturan dan undang-undang mengenai pengambilan tenaga kerja asing. Ianya adalah sangat berguna bagi para peserta dan panduan untuk mereka dalam pengurusan perusahaan mereka.
MOTIVATIONAL GAMES
Isnin 15hb November 2010, sebelah petang para peserta menjalani satu permainan motivasi yang berupa "Amazing Race" di mana para peserta diberikan satu sampul surat yg mempunyai arahan untuk mencari clue yang seterusnya.
Tuesday, November 16, 2010
BUSINESS PLAN PRESENTATION
Isnin 15hb November 2010, para peserta menyampaikan presentasi mereka dengan menerangkan tentang perancangan perniaggaan mereka (Business Plan). Apa yang mereka sampaikan adalah berdasarkan dari apa yang mereka pelajari selama kurang lebih 2 minggu di Pusat Pembangunan Keusahawanan Sinaut ini.
Yenni wakil dari kumpulan Goodols menerangkan tentang perancangan Sykt Wazukni tentang produk "GOODOLS" iaitu Cendol dengan packaging yang canggih dan menarik.
Tuan Azeni mempersembahkan presentasi dari kumpulan beliau berkenaan dengan ternakan itik.
Puan Normah menerangkan kelebihan Eating Spot mereka, Beliau mewakili dari kumpulan mereka the Eating Spot.
Berikut pula adalah mereka yang mencoba produk GOODOLS yang sangat lazat dan nikmat.
Saturday, November 13, 2010
EMAIL PENTING!!!
Salam semua peserta kursus, ada email penting dari Nadiah berkenaan dengan aktiviti hari Isnin, sila cek email biskita semua. Walaubagaimanapun sekiranya biskita inda sampat mencek ani ada ku post kan email tersebut di bawah ani untuk memudahkan biskita semua mengetahui tentang kandngannya, sila baca :
HARAP MAKLUM!
KURSUS PRINSIP AKAUN UNTUK SME
Sabtu 13hb November, 2010, para peserta didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang Accounting dan juga cara membuat Cash Flow yang betul. Dengan tunjuk ajar oleh Fasillitator jemputan iaitu Mr. Jeff Chung dari Cityglobal Link Management Service. Beberapa hal baru yang dapat dipelajari oleh para peserta kursus dan memang tidak mudah untuk membuat sesuatu kira-kira dalam perusahaan banyak hal yang harus diambil kirat agar kira-kira itu seimbang (Balance).
Mr. Jeff Chung sedang memberikan taklimat mengenai Accounting dan cara membuat Cash Flow. Para peserta memberikan fokus dengan bersemangat.
Para peserta kursus sedang memasukkan data sesuai dengan arahan dari fasilitator dengan menggunakan software Microsoft Excel.
Ketelitian dan kepekaan terhadap kira-kira harus diberikan tumpuan yang penuh, jika tidak ianya akan membuatkan akaun yang tidak seimbang.
Thursday, November 11, 2010
LAWATAN KE TAMU TUTONG
Khamis 11hb November, rombongan para peserta beserta fasilitator dan pegawai dari Pusat Pembangunan Keusahawanan berangkat untuk membuat lawatan ke Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Lawatan bermula dari pukul 08.30 hingga 10.00pagi. Tujuan lawatan tersebut ialah untuk mengenal pasti pengusaha-pengusaha yang ada di sana dan membuat penyelidikan dan bagaimana mereka mula-mula bergiat dengan bidang pengusahaan itu.
Di antara yang harus diselidiki ialah bagaimana para pengusaha tersebut berapa lama mereka telah menjalankan perniagaan mereka, bila mereka mula berniaga di Tamu Tutong tersebut, berapa orang tenaga pekerja, Modal yang diperuntukkan dan keuntungan yang mereka perolehi dan sebagainya.
Para peserta dikehendaki untuk menemuduga di antara para pengusaha yang ada di Tamu Tutong tersebut dan cuba untuk mengenal pasti latar-belakan mereka yang mana hasil dari kajian tersebut akan dipresentasikan di dalam kelas.
Pengalaman yang sangat berharga bagi setiap para peserta kursus ini. Ilmu yang didapati dari lawatan tersebut ialah bagaimana kita melihat bahawa masyarakat kitani di Brunei ini telahpun peka dengan keadaan ekonomi di Negara ini dan mereka saling berungkayah untuk memajukkannya dan juga membina aset untuk masa depan generasi di Negara ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)