INTRODUCTION

Kepada semua peserta kursus Asas Keusahawanan intake Oktober dan November 2010, blog ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan menggunakan Shoutmix di bawah ini.

Wednesday, December 8, 2010

KURSUS PENYATA KEWANGAN BULANAN DI BINA

Sabtu 4hb Disember dan Isnin 6hb Disember yang lalu, 12 peserta kursus dari Pusat Pembangunan Keusahawanan Sinaut berkesempatan untuk menyertai Kursus Penyata Kewangan Bulanan Di Bina bersama dengan beberapa peserta dari Koperasi-Koperasi tempatan.  Kursus yang dijalankan selama 2 hari itu sangat berguna bagi para peserta kerana di sini para peserta dilatih untuk membuat kunci kira-kira (akaunting) secara asas dan juga penyata kewangan bulanan.


Kursus ditunjuk ajarkan oleh Tuan Masri bin Haji Durahim yang diadakan oleh Jabatan Bina Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1432

Diucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1423 kepada semua Usahawan-Usahawan sekalian.  Semoga di tahun baru ani, semua usaha yang dirancang, diungkayahkan dan dijalankan akan maju jaya hendaknya dan mencapai apa yang dicita-citakan.  Amin Ya Rabbal Alamin!