Diucapkan Selamat Tahun Baru 2011 Masehi, bagi usahawan-usahawan di Negara Brunei Darussalam. Semoga ajam tahun ini akan terlaksana dan mencapai hasil yang dirancangkan. Dan semua usaha akan berjaya sepertimana yang diimpikan selama ini. Amin!
USAHAWAN 2010
INTRODUCTION
Kepada semua peserta kursus Asas Keusahawanan intake Oktober dan November 2010, blog ini adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan menggunakan Shoutmix di bawah ini.
Friday, January 21, 2011
Wednesday, December 8, 2010
KURSUS PENYATA KEWANGAN BULANAN DI BINA
Sabtu 4hb Disember dan Isnin 6hb Disember yang lalu, 12 peserta kursus dari Pusat Pembangunan Keusahawanan Sinaut berkesempatan untuk menyertai Kursus Penyata Kewangan Bulanan Di Bina bersama dengan beberapa peserta dari Koperasi-Koperasi tempatan. Kursus yang dijalankan selama 2 hari itu sangat berguna bagi para peserta kerana di sini para peserta dilatih untuk membuat kunci kira-kira (akaunting) secara asas dan juga penyata kewangan bulanan.
Kursus ditunjuk ajarkan oleh Tuan Masri bin Haji Durahim yang diadakan oleh Jabatan Bina Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.
SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1432
Diucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1423 kepada semua Usahawan-Usahawan sekalian. Semoga di tahun baru ani, semua usaha yang dirancang, diungkayahkan dan dijalankan akan maju jaya hendaknya dan mencapai apa yang dicita-citakan. Amin Ya Rabbal Alamin!
Wednesday, December 1, 2010
Monday, November 29, 2010
FREE DOMAIN NAME
Untuk biskita yang inginkan Nama Domain untuk laman web biskita, ani ada satu website yang biskita boleh register untuk nama domain secara percuma. Dorang menggunakan extension .Co.CC.. Ok jua lah daripada membayar untuk .Com.. Ani Free! Hehe! Untuk register klik banner di bawah ani.
Friday, November 26, 2010
PEMBAYARAN MELALUI INTERNET
Apakah sistem pembayaran ini satu keperluan? Untuk memenuhi syarat E-Dagang adalah harus ada sistem pembayaran melalui internet. Memang tidak semestinya ada sistem pembayaran melalui online untuk satu-satu laman web yang berkonsepkan E-Dagang seperti Online Shop dan sebagainya, namun adalah satu kelebihan bagi mereka yang memiliki sistem pembayaran online kerana ini akan memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran dan akan lebih efektif lagi untuk berurusniaga. Dan akan menjadi keutama para pelanggan untuk membuat pembelian. Memang banyak kaedah-kaedah pembayaran melalui internet yang boleh didapati secara online. Di antara sistem pembayaran secara online adalah seperti PayPal, Alertpay, Moneybooker dan banyak lagi.
Untuk mendaftar di PayPal sila klik di atas ini
Untuk mendaftar di AlertPay sila klik di atas ini
Untuk mendaftar di Moneybooker sila klik di atas ini
Tuesday, November 23, 2010
KURSUS BRANDING DITUNDA!!!
Makluman kepada semua peserta kursus bahawa Kursus Branding yang sepatutnya dijalankan pada hari Rabu 24hb November dan Khamis 25hb November 2010 ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ini adalah disebabkan oleh sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan. Oleh yang demikian kepada para peserta diharap ambil maklum tentang perkara ini. Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah menghubungi Pusat Pembangunan Keusahawanan Sinaut di talian 4240132/3 sambungan 222 atau 223. HARAP MAKLUM!
Subscribe to:
Posts (Atom)